Thursday 12 April 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


TARIKH                     : 30 MAC 2012
HARI                          : JUMAAT
MASA                         : 7.45-12.05
TEMPAT                   : DEWAN SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu daripada aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya.

Antara atucara majlis tersebut ialah bacaan yasin dan tahlil, bacaan selawat, kuiz, pertandingan jawi  dan kemuncak bagi majlis ini ialah penyampaian ceramah oleh penceramah jempuatan iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Abd Rahman Bin Ibrahim Imam Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala Pilah. Beliau telah berjaya menarik minat murid dan berjaya menyampaikan ceramah dengan jayanya. Murid-murid telah diuji dengan soalan kuiz yang berkaitan dengan ceramah yang disampaikan.

Kami daripada unit Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Nuri ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang mantap dan baik dalam menjayakan program ini.