TARIKH :
30 MAC 2012
HARI :
JUMAAT
MASA :
7.45-12.05
TEMPAT :
DEWAN SEKOLAH
Sambutan Maulidur
Rasul adalah salah satu daripada aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Majlis
tersebut telah diadakan dengan jayanya.
Antara atucara
majlis tersebut ialah bacaan yasin dan tahlil, bacaan selawat, kuiz, pertandingan
jawi dan kemuncak bagi majlis ini ialah
penyampaian ceramah oleh penceramah jempuatan iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Abd
Rahman Bin Ibrahim Imam Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, Kuala
Pilah. Beliau telah berjaya menarik minat murid dan berjaya menyampaikan
ceramah dengan jayanya. Murid-murid telah diuji dengan soalan kuiz yang
berkaitan dengan ceramah yang disampaikan.
Kami daripada unit Panitia
Agama Islam Sekolah Kebangsaan Nuri ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang mantap dan
baik dalam menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment